Ahad, 15 Februari 2009

Cerita Lasimin di Kampung Baginda

Tags


Walaupun hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, tetapi Lasimin Dihong, 70, penduduk Kampung Baginda,Keningau tetap bersyukur dan pasrah dengan kehidupan yang dijalaninya.

Perbelanjaan keluarganya seramai sembilan orang ditanggung oleh anak lelakinya yang bekerja sebagai petani manakala seorang anak gadisnya, Hayati Lasimin,33, menerima bantuan kebajikan setiap bulan.

"Malangnya bantuan kebajikan yang sepatutnya diterima anaknya setiap bulan, diberikan hanya diberikan tiga bulan sekali," katanya.

"Saya tidak tahu kenapa bantuan sebanyak RM85 sebulan itu diberikan tiga bulan sekali.Beliau mendakwa, "itupun dia hanya memberikan sebanyak RM85 sahaja yang mereka kata bonus, manakala baki tertunggak tidak diberikan," katanya.

Sepatutnya anaknya menerima RM255 ringgit iaitu jumlah tunggakan selama tiga bulan tetapi beliau mendakwa anaknya hanya mendapat RM85 setiap tiga bulan.

Sehingga hari ini beliau masih tidak mendapat jawapan kenapa bantuan kebajikan yang sepatutnya diterima anak gadisnya hanya diberikan tiga bulan sekali.

Sehubungan itu beliau merayu pihak bertanggungjawab supaya dapat menyalurkan bantuan kebajikan kepada anak gadisnya yang mengalami kecacatan secara berterusan.
Menurutnya, anak perempuanya itu mula mendapat bantuan berkenaan kira-kira 10 tahun lalu dan bantuan tersebut telah tersekat sejak tiga tahun lalu.

Jelasnya, bantuan tersebut amat penting bagi membeli keperluan anaknya seperti lampin dewasa, makanan dan pakaian.Tambah Lasimin, dia juga merayu supaya bantuan kebajikan dapat diberikan kepada keluarganya memandangkan dia sudah tidak mampu bekerja keras.

"Sudah tiga kali saya memohon bantuan tersebut tetapi tidak dapat meskipun saya lihat ada orang lain yang lebih senang tetapi dapat," katanya.

Sementara itu, anak lelakinya, Suhipin Lasimin berkata, pendapatannya sebagai petani tidak menentu dan tidak mencukupi untuk menanggung seluruh keluarga.

"Saya juga terpaksa menanggung empat anak saya yang bersekolah dan kehidupan kami seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," ujarnya.
Gambar ihsan Sdr Ghazali Basri

1 comments so far

salam...
Terbaca pasal kisah ni, sayu hati. Teringat kesah Elfion.
Saya mohon jasa baik abang untuk post dalam blog abang pasal Elfion. Mungkin banyak yang serupa dengannya atau lebih teruk lagi, tapi kesah ini mungkin memberi kita iktibar.

Ada sahabat saya menulis mengenai adik Elfion di dalam blognya.

http://nurilhakim.blogspot.com/

Terima kasih