Selasa, 3 Februari 2009

mengenai dua orang Iranun

Tags


Sebaik saya memperkenalkan pakcik Iddrisa Marintan kepada pakcik Haji Mohd.Salleh, bapa saudara iaitu abang kepada ibu saya, beliau merasa teruja demi mendengar pakcik Idrrisa berasal dari Tungku, Lahad Datu. Beliau ingin tahu mengenai masyarakat Iranun di Tungku, dari segi bahasanya berbanding masyarakat Iranun di Tempasuk. Betapa besar keinginannya untuk berkenalan danmerapatkan hubungan antara masyarakat Iranun di negeri ini.Merapatkan hubungan silaturrahim di antara mereka. Saya sempat merakam gambar mereka. Kanak-kanak yang berdiri di pangkuan pakcik Iddrisa itu ialah anak lelaki saya, Ahmad Fawzan.