Khamis, 9 Julai 2009

Jambatan Burung-kisah perang di Vietnam

Tags

"Ada yang ingin kukatakan," inilah kata-kata terakhir yang ditinggalkan oleh Pierre Garnier sebelum dia meninggal. Kata-kata inilah yang menyebabkan anaknya, Andre Garnier pergi ke Vietnam menjejaki kisah ayahnya, sewaktu berkhidmat sebagai tentera di Indochina.
Satu hari, Andre Garnier mendapat khabar dari seseorang bahawa ayahnya akan segera pulang ke rumahnya.Esok harinya sebuah ambulans tiba membawa seorang lelaki tua yang berpenyakit Alzheimer, yang tak lain adalah ayah kandungnya sendiri.

"Ada yang ingin kukatakan". Tapi ayahnya tak sempat menyatakan apa-apa. Itulah sebabnya Andre pergi ke Saigon, ke Hanoi untuk menyelidiki kehidupan ayahnya. Itulah kisah yang ditulis seorang penulis Perancis, Antoine Audouard dalam novelnya A Bridge of Birds .

Antoine yang terkenal dengan buku Farewell My Only One, novel yang pernah diterjemah ke 14 bahasa, berkisah mengenai perang vietnam tahun 45, berkisah tentang pesona wanita dan jalinan antara generasi Perancis. Beliau menulis dari perspektif seorang yang kalah perang, yang ingin menebus kekalahan itu.

Itulah sebabnya Jenderal De Gaulle menghantar Jenderal Leclerc untuk menebus kekalahan yang dialami sebelum ini.
Novel ini juga berkisah bagaimana Ho Chi Minh yang sekian lama terpenjara dan seorang mantan guru sejarah,Vo Nguyen Giap bangun mengumpul kekuatan menentang kolonial sehingga perang yang berlangsung 7 tahun lebih itu memakan korban 77,000 tentera perancis dan 300,000 orang Vietnam. Peristiwa pertempuran Dien Bien Phu yang berlaku tahun 1954, dimana Giap telah dapat menawan kem tentera perancis sehingga mereka dipaksa menyerah dan mengakui kemerdekaan vietnam melalui konvensyen Geneva.

Pada akhirnya, Andre, tokoh dalam novel ini menemukan inspirasi untuk membina `Jambatan Burung' antara dia dan ayah kandungnya, antara masa lalu dan masa kini, antara Timur dan barat. Novel yang berlatarkan Perang Vietnam ini diterbitkan Alvabet sastra, juga mengenai kekuatan abadi dari satu kata bernama cinta, dan manusia dari pelbagai generasi tak pernah terlepas dari pesona wanita. Novel setebal 350 muka surat ini menarik untuk dibaca, untuk kita mengetahui pergolakan jiwa orang-orang yang ingin merdeka, dan orang-orang yang menderita dan cuba bangun dari puing-puing kekalahan.