Ahad, 13 September 2009

Ngentan sepatai patai, ngentan ta' kayu matai

Tags

Saya lupa bertanya ma' Roji apa maksud ngentan sepatai-patai, ngentan ta' kayu matai. Ayat ini menarik bagi saya kerana ia membawa maksud yang agak mendalam. Dalam bahasa bajau, matai ertinya mati.Jika begitu kayu matai ertinya kayu mati. ngentan maksudnya berpegang, Jadi ngentan ta kayu matai, berpegang kepada kayu mati. Ngentan sepatai-patai, saya kurang pasti apa maksudnya tetapi baik kita tanyakan semula kepada Ma Roji akan maksud perkataan `ngentan sepatai-patai' apabila kita berpegang kepada kayu mati.
Saya tidak dapat menjelaskannya. Apa yang saya dapat jelaskan ialah usahlah berpegang kepada kayu mati, jika anda tidak ingin mati.

2 comments

Bagi tafsiran saya, ngentan sepatai-patai bermakna memegang erat atau pegangan kukuh