Rabu, 23 September 2009

Setelah kapal selam itu tiba

Tags

Tiga hari sebelum Ramadhan, KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Teluk Sepanggar Kota Kinabalu. Barangkali tidak ramai orang yang dapat berdiri di atas kapal selam ini. Sahabat saya, Rashid Abd.Rahman dari Utusan Malaysia sempat merakam gambarnya ketika kami diberi peluang untuk masuk dan diberi taklimat mengenai operasi kapal selam itu.
Walaupun matahari agak terik, kami mengambil peluang yang amat jarang diperolehi itu untuk merasakan sendiri denyut kehidupan di perut kapal selam.