Selasa, 27 Oktober 2009

Salman Arin, pernah wakili sabah dalam sukan takraw

Tags

Salman Arin, saya terjumpa dia secara kebetulan ketika mereload handphone.
Eh, lama tak jumpa? Apa nombor telefon tuan sekarang ? nombor yang dulu juga? Saya bertanya kepadanya.
Salman, masih ingatkah saudara siapa Salman Arin ini?
Mungkin bagi ramai orang tidak lagi kecuali mereka yang terbabit dalam Sukan Sepak Takraw sekitar tahun 80-an dan awal 90-an dulu.
Salman merupakan mantan pemain Sabah dalam Sukan takraw dan pernah mewakili Sabah sejak tahun 1983 hingga 1990.
Saya selalu terpaku di depan tv untuk menyaksikan anak Kota Belud ini melipat bola takraw sebagaimana yang dijadikan filler tv ketika sesuatu kejohanan berlangsung.
Beliau agak disegani kerana lipatan dan rejaman mautnya. Antara pemain Kota Belud yang pernah mewakili Sabah dalam Sukan Takraw ialah Datu Golda (killer) , Golkasah Haji Keri, Baghdad Turugan, Pudian Rahim,Razikal Ag Atoh (tekong) , Mohd Tahir Atoh (tekong), Sairudin Haji Pasal.
Saya fikir kejayaan mereka tidak terlepas daripada peranan yang dimainkan Datu Derin Datu Anggol dalam menyuburkan minat bersukan takraw. Sebenarnya ramai lagi, tetapi saya tak ingat nama mereka.
Salman biasanya bermain apit kanan. Gayanya sewaktu bermain di gelanggang ketika mewakili Sabah dulu begitu digeruni dan amatlah dikenali.