Isnin, 23 November 2009

Catatan ringkas mengenai pakcik magit

Tags

Saya tidak tahu berapa umur pakcik Magit sekarang. Sudah lama saya tak dapat menghubunginya. Semoga beliau sihat wal afiat. Siapa Magit bin Julan? bagi sebilangan orang, mereka hanya melihat pakcik Magit sebagai seorang penggiat politik kampung, dan tak lebih dari itu.
Tetapi sebenarnya, peranan pakcik Magit Julan jauh lebih besar daripada itu. Beliau merupakan salah seorang yang berani berhadapan dengan Suruhanjaya Cobbold ketika suruhanjaya itu membuat referendum di Kota Belud pada awal 60-an.
Saya pernah menginterviu pakcik Magit.Sayang sekali saya tidak menemui buku catatan saya. Tetapi saya ingat, beliau merupakan orang Kota Belud yang berani berhadapan dengan Cobbold Commision mengenai pembentukan malaysia.
Saya fikir sementara pakcik Magit sihat walafiat, ada baiknya juga para pengkaji, peneliti dan mahasiswa mengkaji peranan beliau dan buah fikiran beliau ketika mula-mula pembentukan malaysia dahulu.

1 comments so far

assalamualaikum, terima kasih sebab buat post ini.
sungguh bapa tiada pengganti.
pemergian beliau 27 Dis 2012, di sisi keluarga tersayang mencoretkan catatan kehilangan yang tidakkan terhapus dek ingatan.

al-Fatihah.