Rabu, 18 Januari 2012

`black out' dan terima kasih kerana menghubungi

Tags

Saya terasa ingin makan. Tanpa berlengah lagi saya masuk Restoran Panjang, memesan makanan ikan masak kari, telur masin dan sayur pucuk papaya. Mulanya saya agak hairan juga mengapa suasana dalam kedai itu agak buram, dengan hanya dua tiga orang pelanggan.
Rupanya `black out'. Kejadian black out itu, kata orang di restoran panjang itu sering terjadi dua tiga hari kebelakangan ini. Entah apa sebabnya.Keyika diadukan kepada pihak yang bertanggungjawab, jawapan yang diterima ialah `terima kasih kerana menghubungi...."
Biar sepuluh kalipun kita menelefon, jawapan yang diterima ialah terima kasih kerana menghubungi...
Terima kasih kerana menghubungi...sila tunggu sebentar lagi. Soalnya kata orang di Restoran panjang itu, masalah black out itu tidak diambil tindakan walaupun operator sering berkata `terima kasih kerana menghubungi'.

Siapapun yang memerintah tak menjadi masalah, kata orang itu lagi. Nelayan tetap turun ke laut menangkap ikan , petani tetap menanam sayur. R0da ekonomi, katanya, lebih banyak digerakkan oleh peniaga, peladang,petani dan nelayan yang tetap dedikasi terhadap kerjaya mereka.
Siapa pun yang perintah, tak jadi masalah, asalkan jangan gaduh dan huru hara.