Khamis, 2 Februari 2012

Yatim Ahmad jarang keluar rumah hari Ahad

Tags

Kalau hari minggu, satu hari, dari pagi sampai malam, saya duduk di rumah, kata penulis, Yatim Ahmad yang juga seorang wartawan bebas. Pemenang Hadiah Sastera Sabah ini menghabiskan masa dengan membaca ruangan sastera di akhbar-akhbar tempatan. Sebagai seorang yang selalu kritis, Yatim mampu mengesan bakat bakat baru yang berpotensi dalam bidang penulisan. Ramai penulis kita berbakat, tetapi katanya, ada juga penulis baru yang tunjuk pandai padahal baru mula berjinak dalam bidang penulisan.

Yatim pernah bertugas sepenuh masa sebagai wartawan.Paling akhir dengan akhbar New sabah Times, tapi kini beliau lebih suka menulis rencana dan menjadi wartawan bebas. "Aku tidak mahu terikat," katanya.
"Aku tidak mahu terikat mana-mana kerana kalau terikat susah betul," katanya.

Beliau juga seorang pencinta buku. Apa saja buku, dalam pelbagai bideang, semuanya jadi santapan Yatim.

"Kalau tiada buku, bikin gila aku rasa," katanya, yang kini sedang giat menulis cerpen, puisi dan rencana sastera.

1 comments so far

KALAU bro YTA memang aku akui sikapnya suka membaca. Paper apa pun dia baca dulu sebelum masuk opis, ndak puas baca dia ulang2. Koleksi newsnya disimpan dalam fail khas kemas2. Sebab itu bila dia buat follow up news, pasti kow2 fakta dan isu yang diketengahkan.

Dia pernah cakap dengan aku masa menjadi rakan seopisnya, Anoi ko mesti menulis yang buat orang lain tidak mahu telepas setiap apa yang kamu tulis, Anoi rencanamu bagus cuma kurangnya bla bla bla dan yang paling aku hargai sikap bro YTA ini sentiasa menjadi pendorong yang tidak pernah habis dengan ideanya.

Semoga YTA diberi kesihatan yang baik dan kekal menjadi pendorong kepada sesiapa sahaja.