Sabtu, 28 Februari 2015

Catatan di penghujung Februari

Tags
Kemudian tiba penghujung februari.
Waktu terasa bergerak lebih pantas dari biasanya. Hidup masih tidak apa-apa padahal baru dua hari lepas memasuki usia 46.Sekarangpun saya masih mencari ketenteraman fikiran untuk memulakan penulisan setelah jiwa menjadi huru hara kerana mengalami prahara.
Hampir semua bahan tidak dapat diselamatkan apabila laptop diserang virus yang datang  entah dari mana. Memang banyak yang perlu dicatatkan tapi apakan daya, semuanya terasa hilang terbang diawang-awangan.


Kini mula lagi. Kini saya bermula lagi, menulis lagi setelah sekian kali `fault start' di garis permulaan.
Belum tibakah juga saatnya kita menunduk memandang diri sendiri? Tiba-tiba saya teringat pertanyaan Kyai Haji Mustofa Bisri.


Ya saya sedang memandang diri sendiri.